Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai peruntukan berkaitan keahlian terus kepada individu dan kesatuan antara parti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Menurutnya, beliau sendiri antara individu yang terlibat dalam mendraf perlembagaan gabungan itu dan memohon semua pihak agar meneliti perkara berkenaan sebelum membuat apa-apa ulasan mengenai GRS serta wakil rakyatnya.